21 April 2009

Wajah Di Sebalik Hijab Itu


Sewaktu aku merakamkan gambar-gambar pertandingan nasyid antara sekolah-sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK), entah macam mana lensa (70-200mm f2.8) aku terpaku apabila sampai di subjek ni. Biasanya apabila mengunakan 'tele lens' mata aku tidak akan berganjak dari 'view finder'. Maksudnya apa yang kamera aku nampak itulah yang akan aku nampak. Aku hanya mengerakan kamera aku dan terus merakamkan apa yang menarik menerusi pandangan 'view finder'. Ini antara yang menarik perhatian aku.

13 April 2009

Amy Search Bersama Dengan Tok Guru Nik Aziz







Baru-baru ini satu program Jom Sertai PAS anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan telah diadakan di Dataran Stadium Sultan Mohamad Ke IV, Kota Bharu, Kelantan. Suhaimi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Amy Search menjadi penyanyi jemputan pada program itu. Selain Amy, Renggo dari kumpula Arrow juga membuat persembahan pada program berkenaan. Yang menjadi lebih menariknya, Renggo mengumumkan menyertai PAS selepas mendengar ucapan dari Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Renggo memberitahu, segala apa yang disampaikan oleh TGNA tidak ada salahnya selain betul kesemuanya.

04 April 2009

Jeram Mengaji In Slow Shutter


Semalam (3hb April 2009) selepas sembahyang Jumaat, aku telah pergi ke Jeram Mengaji, Selising, Pasir Puteh. Tujuannya adalah satu sesi 'outdoor shooting' bersama-sama dengan Abang Aziz. Aku 'drive' dari Kota Bharu seorang diri dan berhenti sembahyang Jumaat di masjid Melor. Aku sampai di jeram berkenaan dalam pukul 3 petang. Jalan agak becak kerana hujan renyai-renyai. Aku menelefon Abang Aziz memberitahu bahawa di jeram berkenaan hujan mulai turun, jadi sesi pengambaraan terpaksa ditangguhkan. Sebelum aku keluar dari jeram berkenaan aku sempat shoot beberapa keping gambar dengan mengunakan teknik 'slow shutter'. Slow shutter ni kena mengunakan tripod, baru gambar cun. Tetapi malangnya 'shoes' tripod aku hilang, terpaksa aku yang menjadi tripod...hahahahh