02 Disember 2012

Cinta Dan Cipta



Berjalan terus berjalan
Tentui jalan nak dituju
Mencari terus mencari
Intan bukannya batu

Berliku jalan berliku
Berbagai rintangan bagiku
Tabahkan rasa hatimu
Kita titi satu persatu

Dirimu serta diriku
Hidupku juga serta hidupmu
Cinta dan cipta yang satu
Hanya takdir yang menentu

Hidupmu serta hidupku
Diriku juga dirimu
Hanya takdir yang menentu
Cinta dan cipta yang satu

Mendaki hingga ke puncaknya
Berenang hingga ke seberang
Matlamat hidup kita
Pasti akan berjaya