18 Mei 2009

TGNA: Gambar Terkini


Sejak 40D aku dihantar ke Canon Service Center, aktiviti mengambil gambar juga menjadi kurang. Bukan tak ada kamera lain, tapi aku kurang menjiwai kamera lain dari 40D aku tu. Setelah lebih sebulan masuk 'workshop', kini 40D aku kembali bertugas. Aku juga mula bersemangat nak 'menembak' subjek-subjek yang terkini. Bagi mendapat berkat setelah sekian lamanya, gambar Tok Guru sewaktu majlis penyampaian cek dan amanat kepada pendaki gunung Everest aku dahulukan.

04 Mei 2009

Dato' Seri Ir Nizar

Ada pihak mengatakan beliau tidak lagi menjadi Menteri Besar negeri Perak. Di pihak yang lain pula, mengangap beliau masih lagi Menteri Besar Perak yang sah. Pada aku, punca yang sebenar yang menjadi kekalutan ini ialah mereka yang melangar perlembagaan, tidak kiralah perlembagaan tubuh negeri ke atau perlembagaan negara.

Untuk pengetahuan kau orang semua, sejak bermula krisis di negeri Perak pada 3 Febuari dan sehingga kini aku tidak menonton berita di kaca tv khususnya berita perdana jam 8 malam. Tiidak kiralah mana-mana stesen sekalipun, aku menjadi menyampah dengan berita-berita yang dipaparkan.

Aku yang terlibat secara lansung dengan dunia pemberitaan, senang sentiasa mendengar rintihan dan keluh kesah dari sahabat-sahabat dari agensi yang lain mengenai berita mereka berubah selepas dihantar ke editor masing-masing.

Tapi tak apa, di dunia ni mereka boleh buat apa sahaja yang mereka suka, sebab mereka ada kuasa. Tetapi sebijak-bijak manusia merancang tidak boleh melawan perancangan Allah sbt.