27 Julai 2009

TGNA: Perah Susu Kambing


Gambar ni aku shoot ketika TGNA melakukan lawatan ke tapak expo sempena hari peladang dan penternak negeri Kelantan yang di adakan di Padang Perdana. Pada mulanya TGNA agak keberatan utk memerah susu kambing ni, kerana beliau takut ngan tanduk kambing berkenaan. Tetapi atas desakan jurugambar yg ada (aku yg paling kuat suruh TGNA perah susu tu, naya sungguh TGNA), beliau pun bersetuju utk memerah susu kambing berkenaan. Kambing ni baka dari Swiss. Susu dia sekali perah boleh dapat 2 ke 3 jug walaupun kecil je kambing ni.

16 Julai 2009

Santai PRK Manek Urai Bersama Rizal Tahir

Aku nak berkongsi pengalaman aku sewaktu di PRK Manek Urai. Bermula dari pembuangan undi sehingaa penjumlahan undi. Apa yg boleh aku katakan....TERAMAT PENATTTTTTTT.
Aku yg kepenatan, melintasi Abg Polis Trafik. Terima kasih diucapkan kepada petugas-petugas seperti Abg Polis Trafik kita ni, kerana merekalah jalan-jalan di sekitar Manek Urai tidaklah sesak teruk walaupun ianya tetap ada.
Di dalam pusat penjumlahan undi. Tengah tengok kat screen tu, jumlah undi dari pusat-pusat pengundian. Punyalah khusyukkk......kihkihkihkih
Cakkkk....sepatutnya nak shoot berlatar belakang stage.
Aku di dalam kawasan yg ditetapkan bagi jurugambar. Maaflah, kena censored sikit yg tu, tak boleh nak ejas dah.
Berehat sebentar bersama dengan Pegawai Penyelidik Sosial, Pusat Kajian Strategik (PKS), Cikgu Zainal.
Bersiap sedia dengan peralatan perang aku, tak lain tak bukan....kamera lahhh apa lagi....

15 Julai 2009

Sekilas Pandang dan Sekitar PRK Manek Urai.

Pada hari mengundi bagi PRK Manek Urai, aku bertolak dari rumah lebih kurang pukul 9 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam (biasanya 1-1 1/2 setengah sahaja) dek kerana banyak kereta yang menuju ke Manek Urai. Sewaktu sampai di kawasan Pahi, mula berlaku kesesakan lalulintas tahap kronik. Aku pun mengambil keputusan untuk mengunakan jalan alternatif walaupu agak jauh iaitu jalan Sungai Pas. Nasib aku agak malang, kerana ramai pemandu berfikiran seperti aku juga iaitu mengunakan jalan berkenaan, akibatnya jalan berkenaan juga sesak. Akhirnya hanya aku hanya sempat merakamkan gambar-gambar di sekitar UPU Temalir. Selepas dari UPU itu, aku pulang ke Pejabat Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta untuk menunggu masa penjumlahan undi pada sebelah malamnya pula. Aku sampai ke pusat penjumlahan undi pada pukul 6.30 petang (sembahyang jamak takhir). Sebaik sahaja pengumuman rasmi dibuat, aku pulang semula ke pejabat Dr Hatta untuk menghantar gambar segera. Dan akhirnya, aku sampai ke rumah semula pada pukul 2 pagi.

Kotak-kotak undi di susun atas pentas setelah sampai di pusat penjumlahan undi.

Suasana di UPU Temalir

Pengundi contoh, walaupun uzur dan berkerusi roda, pakcik tetap menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi,
Abe Uji bersama pimpinan PAS Negeri Kelantan selepas diumumkan sebagai pemenang PRK Manek Urai.
Abe Uji bersama wakil calon BN (kiri), selepas pengumuman kemenangan beliau.

07 Julai 2009

Hari Penamaan Calon PRK Manek Urai.


Pemandangan tapak pembinaan asrama dari luar pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai. Aku sampai sini dalam pukul 8 pagi setelah bersarapan di Dataran Peladang.
Calon PAS bagi PRK Dun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah (baju melayu kuning), diiringi oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat antaranya TG Nik Abdul Aziz Nik Mat, TG Haji Hadi Awang dan berberapa lagi orang pimpinan, melangkah masuk ke perkarangan sekolah.

Shoot dari belakang Polis Pencegah Rusuhan. Kelihatan sebahagian penyokong PAS. Dari pemerhatian aku, hampir 10,000 orang penyokong PAS hadir sewaktu hari penamaan calon ni. Manakala penyokong Umno dalam sekitar 2000 hinggga 3000 orang.

Rakan-rakan jurugambar khususnya dari luar Kelantan. Aku tak kenal pun mereka ni, tetapi apabila berada di lokasi macam ni, semuanya menjadi kawan tidak kira mereka ni mewakili agensi mana. Gambar ni hanya di sebelah kanan aku sahaja, yang sebelah kiri aku ada lagi.
Calon yang bertanding dalam PRK Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah (PAS) baju melayu kuning dan Tuan Aziz Tuan Hamat (BN) baju melayu putih.
Lagi sebahagian penyokong PAS.
Penyokong PAS dari Perak, di laluan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1. Cuba kau orang tengok misai 'brother yg tinggi tu, macam pendekar Mastor daaa....

Dari pintu masuk ke Dewan Petra, di mana penamaan calon diadakan.