30 Januari 2010

Solat Hajat GEGAR


Atas permintaan, aku up kan gambar sewaktu program sembahyang hajat rakyat Kelantan menuntut royalti. Program berkenaan diadakan di Stadium Sultan Muhamad Ke IV, Kota Bahru, Kelantan.

11 Januari 2010

Senja Di Pulau Gajah



Suasana senja di kawasan pendaratan ikan di Kampung Pulau Gajah, Pengkalan Chepa.

01 Januari 2010

Aku Dalam Video Slide

video

Antara gambar-gambar diri sendiri yg aku jadikan video slide.

Lagu dari Jason Mraz bertajuk I'm Yours.

RT @ Lepak Santai




Aku malas nak kenal siapa dalam gambar ni. Tetapi aku terpaksa.....ni lah RT.....hahhahahah

Masa yg paling membosakan berkerja sebagai jurugambar akhbar ni ialah menunggu sesuatu majlis bermula atau berakhir.

Bosan menunggu majlis bermula. Biasanya kami pihak akhbar akan dimaklumkan pukul berapa sesebuah majlis akan bermula. Tetapi biasanya majlis akan bermula lewat dari apa yg diberitahu.

Sebagai contoh, gambar yang di bawah sekali, aku dimaklumkan majlis akan bermula jam 10.30 pagi. Tetapi pukul 12.00 tengahari tak mula-mula, ada ke patut??...iskkkk

Gambar no 2 pula, menunggu mesyuarat exco selesai. Yang ni biasanya tak ada masa yang tepat. Kalau nak habis awal pukul 11.00 pagi selesai dah. Tapi kalau lewat pukul 2-3 petang tak siap siap. Bisanya mesyuarat exco bermula pukul 10 pagi.

Gambar yang atas sekali, menunggu sidang media. Selepas habis je sesebuah program biasanya akan diadakan sidang media (PC). Tetapi masalahnya, VIP akan pergi makan dulu. Jadinya kenalah tunggu dulu VIP ni makan.....hukhukhukhukhuk

Dramatic Clouds