01 Januari 2010

RT @ Lepak Santai




Aku malas nak kenal siapa dalam gambar ni. Tetapi aku terpaksa.....ni lah RT.....hahhahahah

Masa yg paling membosakan berkerja sebagai jurugambar akhbar ni ialah menunggu sesuatu majlis bermula atau berakhir.

Bosan menunggu majlis bermula. Biasanya kami pihak akhbar akan dimaklumkan pukul berapa sesebuah majlis akan bermula. Tetapi biasanya majlis akan bermula lewat dari apa yg diberitahu.

Sebagai contoh, gambar yang di bawah sekali, aku dimaklumkan majlis akan bermula jam 10.30 pagi. Tetapi pukul 12.00 tengahari tak mula-mula, ada ke patut??...iskkkk

Gambar no 2 pula, menunggu mesyuarat exco selesai. Yang ni biasanya tak ada masa yang tepat. Kalau nak habis awal pukul 11.00 pagi selesai dah. Tapi kalau lewat pukul 2-3 petang tak siap siap. Bisanya mesyuarat exco bermula pukul 10 pagi.

Gambar yang atas sekali, menunggu sidang media. Selepas habis je sesebuah program biasanya akan diadakan sidang media (PC). Tetapi masalahnya, VIP akan pergi makan dulu. Jadinya kenalah tunggu dulu VIP ni makan.....hukhukhukhukhuk

2 ulasan:

  1. mcmnie ye sebalik tabir jadi wartawan nie..
    selalu dok tgk abe TR...dr jauh..snap gamba 2 ..gamba nie..amik angel 2 amek angel nie..
    ceh.. byk sabar gak 2.

    BalasPadam