21 Februari 2009

PANNING

Hari Jumaat lepas (20hb Feb 2009), aku dengan beberapa kawan di sini berhajat untuk membuat sesi panning berhampiran dengan Stadium Sultan Muhamad Ke IV, Kota Bharu. Subjek utama kami ialah, kegiatan kumpulan moto mini yang beraksi setiap petang Jumaat di situ. Tetapi malangnya, kami diberitahu bahawa kumpulan berkenaan tidak beraksi hari berkenaan kerana berada di Kuala Terengganu.
Kebetulannya sekumpulan moto klasik melewati kawasan berkenaan. Salah seorang dari kami (aween photoaura) berjumpa dengan ahli kumpulan berkenaan dan mereka bersetuju untuk beraksi untuk kami bagi tujuan panning shooting. Ini antara gambar yang aku sempat shoot.

Tak dapat moto mini, dapat moto klasik. Tak kisahlah moto apa punnn.....yang penting shoottttt!!!







18 Februari 2009

Perasmian Hanger Baru Dan Garduasi Asia Pacific Flight Traning

Baru-baru ini aku berkesempatan mengikuti Tok Guru di dalam program graduasi dan perasmian hanger baru Asia Pacific Flight Traning (APFT), Pengkalan Chepa.
Biasanya agak payah sebagai seorang jurugambar macam aku ni nak shoot gambar di dalam hanger mana-mana syarikat penerbangan.
Apabila menerima peluang yang agak susah untuk didapati ni, apa lagi, aku pun shoot tak ingat dunialah....hukhukhukhuk.
Apa-apa pun, di sini aku ingin berkongi bersama gambar-gambar yang aku sempat shoot sewaktu majlis berkenaan.
Aku juga telah mendapat persetujuan dari CEO APFT (lupa pulak nama dia), untuk membuat rencana khas mengenai APFT.
Lepas ni bolehlah shoot 'tak ingat dunia' lagi. Antara tempat yang aku nak shoot sangat ialah simulator yang aku tak sempat masuk masa majlis hari tu.
Kita tunggu dan lihat nanti, kalau aku dah gi nanti, aku akan upload gambar berkenaan.



Aku bersama dengan salah satu kapal terbang yang digunakan untuk latihan. Kalau tak silap aku ni model Diamond 42

Antara graduan yang kegembiraan selepas menerima sayap penerbangan masing-masing. Member aku dari Utusan meminta para kadet ini untuk menunjukan emosi kegembiraan.

Pill box ataupun kubu lama sewaktu perang dunia ke 2, yang terletak di tepi landasan lapangan terbang Pengkalan Chepas, berhampiran dengan hanger APFT.

Antara pesawat yang digunakan untuk latihan.

Hanger baru APFT. Kelihatan para kadet udara bersama dengan keluarga masing-masing selepas majlis graduasi.

Sayap kebangaan tersemat di dada kadet.

Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan piala kepada kadet udara terbaik.

15 Februari 2009

HDR: Pantai Di Sabah


Gambar ni aku pinjam dalam satu forum kemudian diedit mengunakan teknik HDR

10 Februari 2009

Wayang Kulit At Gelangang Seni, Kota Bharu, Kelantan.



Wanita Pewarna Batek


Pada hari Ahad lepas aku pergi 'shoot for fun' bersama Yaziz dari Perlis di kawasan membuat batek di Jalan Pantai Cahaya Bulan. Ini antara gambar yang aku shoot, kebetulan waktu aku dan Yaziz sampai mereka tengah mewarna kain yang telah dicanteng. Hajat hati sebenarnya nak shoot mereka sedang mencanteng, tapi kami shoot apa yang ada sahajalah, asal ada gambar.

04 Februari 2009

TGNA: DiMinta Dan DiPinta, Ubat Dan Mengubati


Ramai yang ingin berjumpa dengan Tok Guru Nik Aziz (TGNA) ni bagi bertujuan untuk berubat. Walaupun dia pernah berkata, beliau bukan seorang bomoh, tetapi beliau tidak mahu menghampakan pada mereka yang ingin mendapatkan pertolongan dari beliau.

Gambar ini aku shoot sewaktu program Purnama di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan. Pesakit, menunggu TGNA sejak awal pagi lagi.

Pesakit datang dari Kampung Batang Merbau, Kemahang, Tanah Merah (lebih kurang 100km sehala), semata-mata ingin berjumpa dengan TGNA dan berubat dengan TGNA.

03 Februari 2009

Salam Buat Semua

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Segala puji ke atasnya seru sekian alam. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad saw, ahli keluarga baginda, para sahabat baginda dan pengikut sahabat.

Kewujudan blog ini sudah lama, cuma akibat dari kekangan masa dan lebih menumpukan kepada flickr, saya tidak memberi tumpuan pada blog ini.

Oleh kerana flickr memerlukan akaun selepas memuat naik gambar lebih dari 200 keping, saya terpaksa beralih kepada alternatif yang lebih murah.

Selain itu juga, selepas membuat penilaian dari beberapa khidmat yang disediakan, saya memilih blogspot kerana ianya lebih mudah dikendalikan dan agak laju untuk memuat naik gambar.

Sedikit mengenai saya, saya bertugas sebagai juru video dengan syarikat Jana Damai Sdn Bhd. Selain dari itu saya juga menjadi stringger dengan beberapa akhbar alternatif dengan menyumbangkan gambar dan juga artikel (lama dah tak menulis artikel, kadang-kadang je).

Saya boleh melakukan sikit-sikit kerja video editing. Saya mengunakan perisian Edius pro 3 selain dari Ulead Studio 10 untuk kerja-kerja video edting. Manakala untuk still photo editing, PS3 menjadi pilihan utama saya. Selain itu, saya juga mengunakan Photo Editor dan Photomatix pro untuk melakukan teknik edting HDR. Anda boleh juga melihat gambar-gambar saya di www.flickr.com/photos/rizaltahir.

HDR: Perdana Resort- Shoot From Coffee House