03 Februari 2009

Salam Buat Semua

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. Segala puji ke atasnya seru sekian alam. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhamad saw, ahli keluarga baginda, para sahabat baginda dan pengikut sahabat.

Kewujudan blog ini sudah lama, cuma akibat dari kekangan masa dan lebih menumpukan kepada flickr, saya tidak memberi tumpuan pada blog ini.

Oleh kerana flickr memerlukan akaun selepas memuat naik gambar lebih dari 200 keping, saya terpaksa beralih kepada alternatif yang lebih murah.

Selain itu juga, selepas membuat penilaian dari beberapa khidmat yang disediakan, saya memilih blogspot kerana ianya lebih mudah dikendalikan dan agak laju untuk memuat naik gambar.

Sedikit mengenai saya, saya bertugas sebagai juru video dengan syarikat Jana Damai Sdn Bhd. Selain dari itu saya juga menjadi stringger dengan beberapa akhbar alternatif dengan menyumbangkan gambar dan juga artikel (lama dah tak menulis artikel, kadang-kadang je).

Saya boleh melakukan sikit-sikit kerja video editing. Saya mengunakan perisian Edius pro 3 selain dari Ulead Studio 10 untuk kerja-kerja video edting. Manakala untuk still photo editing, PS3 menjadi pilihan utama saya. Selain itu, saya juga mengunakan Photo Editor dan Photomatix pro untuk melakukan teknik edting HDR. Anda boleh juga melihat gambar-gambar saya di www.flickr.com/photos/rizaltahir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan