Baru-baru ini aku berkesempatan mengikuti Tok Guru di dalam program graduasi dan perasmian hanger baru Asia Pacific Flight Traning (APFT), Pengkalan Chepa.
Biasanya agak payah sebagai seorang jurugambar macam aku ni nak shoot gambar di dalam hanger mana-mana syarikat penerbangan.
Apabila menerima peluang yang agak susah untuk didapati ni, apa lagi, aku pun shoot tak ingat dunialah....hukhukhukhuk.
Apa-apa pun, di sini aku ingin berkongi bersama gambar-gambar yang aku sempat shoot sewaktu majlis berkenaan.
Aku juga telah mendapat persetujuan dari CEO APFT (lupa pulak nama dia), untuk membuat rencana khas mengenai APFT.
Lepas ni bolehlah shoot 'tak ingat dunia' lagi. Antara tempat yang aku nak shoot sangat ialah simulator yang aku tak sempat masuk masa majlis hari tu.
Kita tunggu dan lihat nanti, kalau aku dah gi nanti, aku akan upload gambar berkenaan.
Aku bersama dengan salah satu kapal terbang yang digunakan untuk latihan. Kalau tak silap aku ni model Diamond 42
Antara graduan yang kegembiraan selepas menerima sayap penerbangan masing-masing. Member aku dari Utusan meminta para kadet ini untuk menunjukan emosi kegembiraan.
Pill box ataupun kubu lama sewaktu perang dunia ke 2, yang terletak di tepi landasan lapangan terbang Pengkalan Chepas, berhampiran dengan hanger APFT.
Antara pesawat yang digunakan untuk latihan.
Hanger baru APFT. Kelihatan para kadet udara bersama dengan keluarga masing-masing selepas majlis graduasi.
Sayap kebangaan tersemat di dada kadet.
Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan piala kepada kadet udara terbaik.
Bagus.
BalasPadamMuhammad Hatyai Thailand