27 Ogos 2009

Solat Sunat Terawih.


Sebahagian dari jemaah muslimat di Qaryiah Ramadhan di Dataran Stadium, Sultan Muhama Ke IV, sewaktu solat sunat Terawih.

24 Ogos 2009

Bazaar Ramadhan Kota Bahru 2009


Pandangan bazaar Ramadhan berhadapan dengan Kelantan Trade Center, dari atas Medan Ushawan.

Ayam Madu.

Ikan ketuka bakar.

23 Ogos 2009

Solat Hajat Jauhkan H1N1

Pada awal pagi 22hb Ogos 2009 bersamaan 1 Ramadhan 1430, TGNA telah mengetuai (bukan mengimankan) solat hajat bagi menjauhkan wabak H1n1, di Qariah Ramadhan, Kota Bahru.
Program bermula seawal jam 4 pagi. Pada awalnya, solat hajat ni dirancang dibuat di Padang Perdana. Tetapi hujan turun pada awal malam berkenaan mengakibatkan padang menjadi bechak, maka solat hajat berkenaan dipindahkan di Qariah Ramadhan yang terletak bersebelahan Padang Perdana. Kami yang hadir pada majlis berkenaan, bersahur di Qariah Ramadhan selepas solat hajat dan kemudiannya solat Subuh berjemaah yang diimankan oleh TGNA.

TGNA membaca doa selepas solat Subuh.

Apabila kita berdoa dengan sesungguhnya, air mata bercucuran tanpa disedari.



ps-gambar ni ditujukan kepas Jijae ni Jerman....Jae, buat hilang rindu ko Qariah Ramadhan....nanti kawe shoot lagi view Qariah Ramadhan ni utk demo tengok...hukhukhukhuk

18 Ogos 2009

Swine Flu







Pemandangan sekitar Kota Bharu, mereka yang mengambil berat masalah H1N1 mengunakan 'mask' untuk mengelak dijangkiti. Tetapi malang, mereka yang tidak memakai 'mask' lebih ramai dari mereka yang mengunakan 'mask'.

Buta Huruf





Gambar diambil di Pasar Besar Siti Khadijah, Kota Bahru.