Asalamualaikum.
Posting kali ini tiada gambar yang di uploadkan. Cuma rintihan rasa sakit yang teramat sangat di pergelangan kaki. Kisah bermula sewaktu rt mengikuti lawatan ke Thailand atas jemputan konsulat Thailand di Kota Bahru. Perjalanan kami memakan masa selama seminggu bermula dengan wilayah selatan Thailand iaitu Narathiwat, Yala dan Pattani. Pada hari yang dijanjikan iaitu hari isnin, rombongan kami seramai lebih 30 orang bergerak dari pejabat konsulat Thailand di Kota Bahru menuju ke Narathiwat. Perjalanan memakan masa selama hampir dua jam. Selesai lawatan di Narathiwat, kami dibawa ke Yala dan terus ke Pattani. Kami bermalam di Pattani. Di sinilah kaki rt mula terasa sakit. Seawal pagi, di Pattani kami dibawa melawat pelbagai tempat dan ada diantarnya rt tidak boleh turut serta kerana sakit di kaki mulai 'membarah'. Kemudian kami dibawa ke Hat Yai bagi menaiki kapal terbang untuk ke Bangkok. Sesampainya kami di lapangan te rbang Savarnahbhumi (tah betul ke tak eja) di Bangkok, rt sudah tidak mampu berjalan dengan baik. Di pendekkan cerita, di Bangkok rt hanya duduk bilik hotel selama tiga hari setelah mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital di sana. Dari Bangkok rt terpaksa pulang ke Kota Bahru manakala rombongan yang lain meneruskan perjalanan mereka ke Chiang Mai. Dan sehingga hari ini sudah hampir seminggu kaki rt masih lagi sakit dan tidak mampu berjalan dengan baik. Diharapkan agar kaki ini sembuh dalam masa yang singkat kerana tidak tertahan lagi menangung rasa sakit ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan