31 Mac 2009

Aku: Sewaktu Merakam Gambar Di Hotel River View


Gambar ni diambil oleh Sham Khaleefa sewaktu aku dengan beberapa lagi jurugambar merakamkan gambar perkahwinan anak kepada Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri, Dato' Shkori Mohamad di Hotel River View. Tetamu DiRaja, Tuanku Al-Sultan Kelantan dan Raja Perempuan bersama-sama paduka anakda baginda turut berangkat mencema duli hadir dalam majlis berkenaan.

08 Mac 2009

Belia Cakna Palestin

Baru-baru ni aku sempat pergi ke Program Belia Cakna Palestin, Derita Sama Dirasai, yang telah diadakan di dataran Stadium Sulatan Muhamad ke IV, Kota Bharu.

Program yang dianjurkan oleh MPKB-BRI, telah dihadiri oleh Tok Guru dan exco kerajaan negeri, Dato' Takiyuddin.

Yang menariknya mengenai progrm ini, ianya disertai oleh persatuan dan kelab bermotor, tak kiralah kereta ke atau motor.
Ini menunjukan bahawa mereka ini boleh menyertai aktiviti kemasyrakatan jikalau diajak bersama dan inilah yang cuba dilakukan oleh kerajaan negeri kelantan.
Di sini aku serta sidik gambar yang aku shoot pada progam berkenaan, turut sama shoot member dan Kelab Lensa Negeri Kelantan atau KLIK.

Kelab motor Honda Klasik Kelantan
Kelab motor GTR
Kelab 4G
Para peserta program berkenaan.

04 Mac 2009

Rice Field



Aku shoot gambar sawah ni kalau tak silap kat Salor. Program bersama dengan exco kerajaan negeri, Dato' Husam Musa.

21 Februari 2009

PANNING

Hari Jumaat lepas (20hb Feb 2009), aku dengan beberapa kawan di sini berhajat untuk membuat sesi panning berhampiran dengan Stadium Sultan Muhamad Ke IV, Kota Bharu. Subjek utama kami ialah, kegiatan kumpulan moto mini yang beraksi setiap petang Jumaat di situ. Tetapi malangnya, kami diberitahu bahawa kumpulan berkenaan tidak beraksi hari berkenaan kerana berada di Kuala Terengganu.
Kebetulannya sekumpulan moto klasik melewati kawasan berkenaan. Salah seorang dari kami (aween photoaura) berjumpa dengan ahli kumpulan berkenaan dan mereka bersetuju untuk beraksi untuk kami bagi tujuan panning shooting. Ini antara gambar yang aku sempat shoot.

Tak dapat moto mini, dapat moto klasik. Tak kisahlah moto apa punnn.....yang penting shoottttt!!!







18 Februari 2009

Perasmian Hanger Baru Dan Garduasi Asia Pacific Flight Traning

Baru-baru ini aku berkesempatan mengikuti Tok Guru di dalam program graduasi dan perasmian hanger baru Asia Pacific Flight Traning (APFT), Pengkalan Chepa.
Biasanya agak payah sebagai seorang jurugambar macam aku ni nak shoot gambar di dalam hanger mana-mana syarikat penerbangan.
Apabila menerima peluang yang agak susah untuk didapati ni, apa lagi, aku pun shoot tak ingat dunialah....hukhukhukhuk.
Apa-apa pun, di sini aku ingin berkongi bersama gambar-gambar yang aku sempat shoot sewaktu majlis berkenaan.
Aku juga telah mendapat persetujuan dari CEO APFT (lupa pulak nama dia), untuk membuat rencana khas mengenai APFT.
Lepas ni bolehlah shoot 'tak ingat dunia' lagi. Antara tempat yang aku nak shoot sangat ialah simulator yang aku tak sempat masuk masa majlis hari tu.
Kita tunggu dan lihat nanti, kalau aku dah gi nanti, aku akan upload gambar berkenaan.



Aku bersama dengan salah satu kapal terbang yang digunakan untuk latihan. Kalau tak silap aku ni model Diamond 42

Antara graduan yang kegembiraan selepas menerima sayap penerbangan masing-masing. Member aku dari Utusan meminta para kadet ini untuk menunjukan emosi kegembiraan.

Pill box ataupun kubu lama sewaktu perang dunia ke 2, yang terletak di tepi landasan lapangan terbang Pengkalan Chepas, berhampiran dengan hanger APFT.

Antara pesawat yang digunakan untuk latihan.

Hanger baru APFT. Kelihatan para kadet udara bersama dengan keluarga masing-masing selepas majlis graduasi.

Sayap kebangaan tersemat di dada kadet.

Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menyampaikan piala kepada kadet udara terbaik.

15 Februari 2009

HDR: Pantai Di Sabah


Gambar ni aku pinjam dalam satu forum kemudian diedit mengunakan teknik HDR

10 Februari 2009

Wayang Kulit At Gelangang Seni, Kota Bharu, Kelantan.



Wanita Pewarna Batek


Pada hari Ahad lepas aku pergi 'shoot for fun' bersama Yaziz dari Perlis di kawasan membuat batek di Jalan Pantai Cahaya Bulan. Ini antara gambar yang aku shoot, kebetulan waktu aku dan Yaziz sampai mereka tengah mewarna kain yang telah dicanteng. Hajat hati sebenarnya nak shoot mereka sedang mencanteng, tapi kami shoot apa yang ada sahajalah, asal ada gambar.