Sewaktu aku merakamkan gambar-gambar pertandingan nasyid antara sekolah-sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK), entah macam mana lensa (70-200mm f2.8) aku terpaku apabila sampai di subjek ni. Biasanya apabila mengunakan 'tele lens' mata aku tidak akan berganjak dari 'view finder'. Maksudnya apa yang kamera aku nampak itulah yang akan aku nampak. Aku hanya mengerakan kamera aku dan terus merakamkan apa yang menarik menerusi pandangan 'view finder'. Ini antara yang menarik perhatian aku.
Good job..brother!!
BalasPadam