04 Disember 2009

Sekitar Himpunan Tanda Sokongan Kepada TGNA





Selepas kuliah pagi Jumaat (04hb Dis. 2009) di Medan Ilmu, pejabat PAS Kelantan, satu himpunan telah diadakan bagi menyatakan tanda sokongan kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Hampir 10,000 orang telah menyertai himpunan berkenaan. Turut serta juga, kaum-kaum yang terdapat di negeri ini iaitu kaum cina, india dan juga siam.

Wakil-wakil dari setiap kaum telah berucap dalam berhimpunan berkenaan dengan menyatakan ikrar setia dam sokongan kepada Tok Guru.

Turut berucap dalam perhimpunan berkenaan ialah Ketua Pemuda Angkatan Muda KeAdilan, wakil dewan ulamak PAS, wakli muslimat PAS, wakil pemuda PAS dan wakil dari perhubungan PAS negeri Kelantan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan