Kali ni tak ada gambar yang aku nak uploadkan. Bukan tak ada gambar, belambak stock gambar yang aku ada, tapi saja malas nak up.
Aku nak tulis pasal TGNA kata,' KITA DOA SAMPAI PECAH PERUT' sewaktu berucap di himpunan menyatakankan sokongan kepadanya pada hari Jumaat lepas.
Aku nak kata marah ada gak, nak kata gelihati ada gak dengan wartawan-wartawan yang buat liputan masa himpunan tu.
Mereka ni semua ni kawan-kawan aku. Semuanya biasa dah ikut program TGNA, tetapi mcm mana boleh tak faham lagi apa yg TGNA maksudkan.
Sebelum TGNA kata nak 'doa sampai pecah perut' tu, TGNA buat dah analogi sewaktu orang-orang cina marah kepadanya kerana melarang menjual arak dan minuman keras dan meminumnya di Kelantan secara terbuka.
Dia kata 'kalau nak minum sangat, kita buat majlis. bui dia org minum sampai pecah perut', maksudnya biarkan dia orang tu minum banyak-banyak.
Berbalik pasa doa 'sampai pecah peru' ni pulak. TGNA kata, 'dah tak bui kita doa sangat, kita nak doa juga sampai pecah perut'.
Lebih kurang TGNA mcm menyendir kepada mereka yg marah sangat dengan beliau mengenai isu doa.
Jadi dia kata, aku nak doa juga sampai pecah perut. Maknanya dia nak doa banyak-banyak.
Jadi persoalanya, kenapa isu dibesar-besarkan. Tak reti ke atau tak faham. Atau memang jenis tak pakai kerja.
Nak cakap lebih-lebih, kawan-kawan aku juga. Tetapi ada akal yg diberi Allah, gunakan sebaiknya, jgn sampai ditarik oleh Allah....nanti org kata GILA....hahahahahahahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan