27 Julai 2009

TGNA: Perah Susu Kambing


Gambar ni aku shoot ketika TGNA melakukan lawatan ke tapak expo sempena hari peladang dan penternak negeri Kelantan yang di adakan di Padang Perdana. Pada mulanya TGNA agak keberatan utk memerah susu kambing ni, kerana beliau takut ngan tanduk kambing berkenaan. Tetapi atas desakan jurugambar yg ada (aku yg paling kuat suruh TGNA perah susu tu, naya sungguh TGNA), beliau pun bersetuju utk memerah susu kambing berkenaan. Kambing ni baka dari Swiss. Susu dia sekali perah boleh dapat 2 ke 3 jug walaupun kecil je kambing ni.

16 Julai 2009

Santai PRK Manek Urai Bersama Rizal Tahir

Aku nak berkongsi pengalaman aku sewaktu di PRK Manek Urai. Bermula dari pembuangan undi sehingaa penjumlahan undi. Apa yg boleh aku katakan....TERAMAT PENATTTTTTTT.
Aku yg kepenatan, melintasi Abg Polis Trafik. Terima kasih diucapkan kepada petugas-petugas seperti Abg Polis Trafik kita ni, kerana merekalah jalan-jalan di sekitar Manek Urai tidaklah sesak teruk walaupun ianya tetap ada.
Di dalam pusat penjumlahan undi. Tengah tengok kat screen tu, jumlah undi dari pusat-pusat pengundian. Punyalah khusyukkk......kihkihkihkih
Cakkkk....sepatutnya nak shoot berlatar belakang stage.
Aku di dalam kawasan yg ditetapkan bagi jurugambar. Maaflah, kena censored sikit yg tu, tak boleh nak ejas dah.
Berehat sebentar bersama dengan Pegawai Penyelidik Sosial, Pusat Kajian Strategik (PKS), Cikgu Zainal.
Bersiap sedia dengan peralatan perang aku, tak lain tak bukan....kamera lahhh apa lagi....

15 Julai 2009

Sekilas Pandang dan Sekitar PRK Manek Urai.

Pada hari mengundi bagi PRK Manek Urai, aku bertolak dari rumah lebih kurang pukul 9 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam (biasanya 1-1 1/2 setengah sahaja) dek kerana banyak kereta yang menuju ke Manek Urai. Sewaktu sampai di kawasan Pahi, mula berlaku kesesakan lalulintas tahap kronik. Aku pun mengambil keputusan untuk mengunakan jalan alternatif walaupu agak jauh iaitu jalan Sungai Pas. Nasib aku agak malang, kerana ramai pemandu berfikiran seperti aku juga iaitu mengunakan jalan berkenaan, akibatnya jalan berkenaan juga sesak. Akhirnya hanya aku hanya sempat merakamkan gambar-gambar di sekitar UPU Temalir. Selepas dari UPU itu, aku pulang ke Pejabat Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta untuk menunggu masa penjumlahan undi pada sebelah malamnya pula. Aku sampai ke pusat penjumlahan undi pada pukul 6.30 petang (sembahyang jamak takhir). Sebaik sahaja pengumuman rasmi dibuat, aku pulang semula ke pejabat Dr Hatta untuk menghantar gambar segera. Dan akhirnya, aku sampai ke rumah semula pada pukul 2 pagi.

Kotak-kotak undi di susun atas pentas setelah sampai di pusat penjumlahan undi.

Suasana di UPU Temalir

Pengundi contoh, walaupun uzur dan berkerusi roda, pakcik tetap menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi,
Abe Uji bersama pimpinan PAS Negeri Kelantan selepas diumumkan sebagai pemenang PRK Manek Urai.
Abe Uji bersama wakil calon BN (kiri), selepas pengumuman kemenangan beliau.

07 Julai 2009

Hari Penamaan Calon PRK Manek Urai.


Pemandangan tapak pembinaan asrama dari luar pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai. Aku sampai sini dalam pukul 8 pagi setelah bersarapan di Dataran Peladang.
Calon PAS bagi PRK Dun Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah (baju melayu kuning), diiringi oleh pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat antaranya TG Nik Abdul Aziz Nik Mat, TG Haji Hadi Awang dan berberapa lagi orang pimpinan, melangkah masuk ke perkarangan sekolah.

Shoot dari belakang Polis Pencegah Rusuhan. Kelihatan sebahagian penyokong PAS. Dari pemerhatian aku, hampir 10,000 orang penyokong PAS hadir sewaktu hari penamaan calon ni. Manakala penyokong Umno dalam sekitar 2000 hinggga 3000 orang.

Rakan-rakan jurugambar khususnya dari luar Kelantan. Aku tak kenal pun mereka ni, tetapi apabila berada di lokasi macam ni, semuanya menjadi kawan tidak kira mereka ni mewakili agensi mana. Gambar ni hanya di sebelah kanan aku sahaja, yang sebelah kiri aku ada lagi.
Calon yang bertanding dalam PRK Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah (PAS) baju melayu kuning dan Tuan Aziz Tuan Hamat (BN) baju melayu putih.
Lagi sebahagian penyokong PAS.
Penyokong PAS dari Perak, di laluan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1. Cuba kau orang tengok misai 'brother yg tinggi tu, macam pendekar Mastor daaa....

Dari pintu masuk ke Dewan Petra, di mana penamaan calon diadakan.

28 Jun 2009

Manek Urai: Hari Pengumuman Calon

Pada hari (26hb Jun 2009) pengumuman calon PAS bagi PRK Manek Urai (MU), aku sampai ke kampung berkenaan dalam jam 3.30pm. Setelah mendapat maklumat bahawa jambatan yang menghubungi kampung MU baru dengan MU lama akan ditutup kam 7pm, aku pun bergegas dari rumah ku di Pengkalan Chepa (jarak 120km sehala) ke MU. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah.
Pada malam berkenaan, lebih dari 40,000 orang hadir di padang kampung MU lama. Akhirnya seorang peniaga ikan, Mohd Fauzi Abdullah, 50, diumumkan sebagai calon oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Rakan-rakan 'press' sedang menemu bual Penasihat PRK MU, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Cikgu Wan Rahim) bersama calon.

Dari kiri, Timbalan Persuruh Jaya 1 PAS Kelantan, Dato' Ahmad Yakob, MP Machang, Saifudin Nasution Ismail, Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Sri Abdul Hadi Awang, calon PAS bagi PRK MU, Mohd Fauzi Abdullah, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.

Jabatan utama yang menghubungi Kampung MU Lama dengan dunia luar, penuh dengan bendera-bendera parti yang akan bertanding dalam PRK MU. (atas dan bawah)

14 Jun 2009

Lee Kuan Yew Dan TGNA








Aku yang membesar di Johor Bharu sehingga umur remaja ku, aku amat biasa dengan wajah Menteri Mentor Singapura ini, Mr Lee Kuan Yew (LKY). Malalui di siaran TV, ucapannya melalui kaca tv negara berkenaan sewaktu 'Nasional Day', ucapan Tahun Baru dan banyak lagi ucapan secara lansung (aku pun dah tak ingat sebab banyak sangat), membiasakan aku dengan wajah Perdana Menteri Singapura yang pertama ini.Namum begitu aku tidak pernah melihat beliau secara berhadapan. Tetapi hari ini (14hb Jun 2009) sewaktu kujungan beliau ke atas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abduk Aziz Nik, aku berpeluang melihat LKY secara lansung. Setelah sekian lama aku tidak melihat beliau (walaupun hanya dalam tv), apa yang aku dapat katakan, beliau amat uzur. Dengan faktor umur yang hampir 90 tahun, beliau amat disanjung di negara yang tidak mempunyai hutang dengan negara luar itu.

01 Jun 2009

Sekilas Pandang: Manik Urai

Gambar-gambar ni aku shoot semasa assignment di Manik Urai, Kuala Krai, majlis perkebumian Adun Manik Urai, arwah Pak Su Mail. Tujuan aku up gambar kat sini adalah untuk memberi sedikit gambaran kepada mereka yang akan bertugas di sini semasa pilihanraya kecil Dun Manik Urai tak lama lagi. Tidak kiralah kau orang petugas dari parti mana sekalipun. Yang pasti Manik Urai akan menyaksikan lagi 'peperangan' parti politik di negara ini. Kepada petugas parti, aku ucapkan selamat datang ke Manik Urai dan petugas dari luar pula selamat datang ke Negeri Kelantan.

Laluan masuk utama ke Kampung Manik Urai, jambatan satu lorong yang hanya boleh dilalui sebuah kereta pada satu-satu masa. Kalau naik moto, tak jadi masalah. Jadi aku cadangkan supaya sesiapa nak datang bertugas di sini supaya bawalah moto sekali.

Selepas dari jabatan di atas, kau orang semua akan disajikan dengan pandangan kehidupan kampung yang serba sederhana.

Ini stesen keretapi Manik Urai, tetapi hanya keretapi 'local' sahaja yang berhenti di sini. Kalau kau orang naik express train, kau orang kena berhenti di stesen Kuala Krai. Biasanya stesen ni sunyi. Tetapi sewaktu pilhanraya kecil ni aku percaya mesti riuh rendah stesen ni. Kepada mereka yang ingin bawa moto, kau orang boleh mengunakan keretapi dan berhenti di stesen Kuala Krai untuk membawa turun moto masing-masing.